Rabu, Februari 25, 2009

Kejohanan Ping-Pong Tertutup DUN Chenor

Salam Makluman….

PPU Cwgn. Bkt Kening dan J/K Penyelarasan Zon Chenor dengan kerjasama Biro Belia, Sukan, Kebudayaan, Anti-Dadah & Putera UMNO (PPU Bhg Maran) akan menganjurkan Kejohanan Ping-Pong Tertutup DUN Chenor pada 1 March 2009 – Ahad - Bermula jam 9.00 pagi.

Penyertaan adalah terbuka kepada ahli UMNO didalam Dun Chenor dan yuran penyertaan RM3 (perseorangan) & RM 6 (berpasangan). Tarikh tutup penyertaan adalah 28 Feb 09(sebelum jam 10mlm).

Selain daripada menggalakkan budaya bersukan dan gaya hidup yang sihat program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli2 selain, pemimpin dapat 'turun padang' dan mengeratkan perhubungan diperingkat 'akar umbi'.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada S/U Penyelaras ( 019-9111423) & Pengerusi Penyelaras (012-9557131). Kehadiran dan penyertaan saudara2 pastinya akan memeriahkan lagi program tersebut. Insya Allah & Jumpa disana!

1 ulasan:

  1. Ribuan Terima Kasih diucapkan pada yang telah terlibat (sama ada secara langsung atau tidak langsung). Sumbangan & jasa anda amatlah kami sanjungi!

    Terima Kasih yang tidak terhingga buat Y.B Dato Hj. Tan Aminuddin (ADUN Chenor) kerana sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang2.

    Tahniah dan Terima Kasih kepada NK kita Sdr Khairul Amin kerana hadir dan menyertai Pertandingan tersebut (memang sporting).

    Tahniah kepada pemenang2 antaranya Sdr Tasyrif Sabaruddin (Johan Perseorangan) dan Triple 'M' - Ckg Saharul Nizam & Saiful Anuar (Johan Beregu)

    Kepada yang tidak berjaya, tahniah juga kami ucapkan kerana anda juga adalah pemenang kerana penyertaan anda adalah matlamat program ini. Sekian. Terima Kasih.

    BalasPadam