Isnin, Mac 30, 2009

Tahniah & Selamat Memegang Amanah!

Salaam............,

Apa yang dapat disimpulkan kepada keputusan pemilihan yang baru tamat Sabtu lalu, telah menampakkan perubahan didalam UMNO. Apakah ini yang dinamakan 'tranformasi UMNO' atau hanya menjawab apa yang ada didalam ‘kepala’ para perwakilan?

Daripada Presiden hingga ke barisan MKT, telah berlaku perubahan, hampir separuh daripadanya adalah ‘orang muda’ dan 'orang baru'. Rata-rata pendapat pemerhati dan orang ramai amat berpuas hati akan keputusan tersebut! ‘UMNO Was Back’.

Dari segi ‘sayap’ UMNO pula, perubahan sama telah berlaku dimana Pergerakan Wanita mahukan 'orang yang baru' memimpin mereka dan begitulah juga Pergerakan Puteri meneruskan kesinambungan tersebut walaupun calon yang menang tipis undinya.

Namun bagi Pergerakan Pemuda, terdapat bunyi-bunyi yang tidak sedap didengar (rumah siap, pahat berbunyi). Sebagai ahli Pemuda, ikhlas saya katakan, saya merasakan kecewa kerana pilihan saya tidak menang! Namun sebagai insan kerdil didalam parti keramat ini dan mengetepikan kehendak peribadi, saya tetap akur dengan ‘tangan-tangan’ yang menjalankan amanah akar umbi tersebut! Suka atau tidak terpaksa ditelan! Ini hakikatnya!

Yang menang tak menang semua dan yang kalah tak kalah semua!

'Yang menang tak semua' boleh jadi hanya menang disebabkan oleh ‘ditangan-tangan’ perwakilan sahaja, tetapi tidak dihati ‘akar umbi’. Ia disokong oleh sekumpulan kecil tetapi keseluruhannya adalah sebaliknya! Adakah ianya menang bermakna, bermaruah atau sebaliknya? Jawapannya hanya Allah yang Maha Mengetahui

Barangkali 'menang tak semua' kerana faktor yang kalah juga ada sumbangan, apabila undi terpecah tiga pasti ada yang mendapat keuntungan! Yang kalah memberi kemenangan!

Barangkali 'kalah tak semua' kerana pemimpin tersebut dikatakan masih mempunyai sokongan yang kuat diperingkat akar umbi. Namun apalah ertinya jika telah diputuskan kalah, ditambah dengan kuasa yang tidak ditangan, sudah pasti kerja tidak kemana, maka banyak yang akan tergendala! Sokongan biarlah bermakna!

Walau apapun kita mestilah redha, sabar dan taat kepada apa yang Allah SWT putuskan buat kita semua, barangkali ada hikmah, barangkali ini juga adalah ujian agar orang UMNO (Melayu) lebih matang, lebih peka dan prihatin akan nasib kita dimasa mendatang!

Belajarlah dari pengalaman tersebut, adakah intergriti, Islam, moral, duit, kepentingan peribadi atau apakah justifikasi yang sebenar, yang sepatutnya menjadi pilihan kita?

Apa yang boleh dibuat kini adalah bekerja kuat, memperbaiki diri, bersatu padu kemudian tunggu dan lihat apakah yang bakal berlaku pada 3 tahun lagi (Pemilihan UMNO) atau kita akan berhadapan dengan kejatuhan dalam tempoh setahun dua ini (PRU13)?

Wallahua’lam & Wassalaamu.

2 ulasan:

  1. ....PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI....

    Di dalam parti keramat ini kita seharuhnya akur dengan sistem pemilihan yang dibuat melalui sistem demokerasi yang adil melalui perwakilan setiap bahagian untuk memilih kepimpinan mereka....

    walaupun ramai yang kecewa dengan keputusan pemilihan yang lepas tetapi ianya adalah satu cabaran bagi kepimpinan baru dan juga pemuda akar umbi untuk berkerjasama untuk mempertahankan maruah pemuda itu sendiri...

    sukar juga bagi kepimpinan baru pemuda sekarang adalah untuk memastikan pemuda bergabung semula sibawah satu payung yang sebelum ini mempunyai puak-puak dan menyokong mereka sendiri....

    begitu juga dengan pemuda di akar umbi yang secara bermati-matian untuk memenangkan calon mereka didalam percalonan di bahagian supaya calon mereka menerima cukup percalonan dan layak untuk bertanding, selebihnyya diserahkan kepada perwakilan bahagian untuk merialissasikannya dalam bentuk undi kepada calon tersebut.

    kepada pemuda harapan bangsa sekalian , anda tidak perlu menuding jari kepada calon yang menang kerana mungkin cara beliau berkempin membuatkan perwakilan tertarik dengannya...jika masih lagi berlaku pertikaian perkara diatas, kita seharusnya mempersalahkan perwakilan bahagian yang mmenjadi wakil dari akar umbi kerana mereka tidak menyampaikan hasrat ataupun suara dari akar umbi....

    BalasPadam
  2. TK..budakjengka..saya bersetuju dgn saudara!
    Apa yang berlaku telah berlaku..Bersama-samalah kita bersatu padu..bekerjasama! Matlamat yang paling penting adalah memastikan BN masih memerintah didalam pilihanraya akan datang! UMNO adalah tunjangnya! Allahu Akbar!

    BalasPadam