Jumaat, Mac 20, 2009

Kekuatan & Ketabahan

Salaam…..

Kepada Sdra Mohd Najuib, semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan didalam menerima keputusan tersebut. Saya percaya Sdra akan terus bersama dengan PPU Bhgn. Maran didalam meneruskan dokongan dan sokongan terhadap perjuangan parti keramat ini kerana sememangnya Sdra adalah pejuang dan terlalu sayang kepada agama, bangsa & tanahair. Sesungguhnya perjuangan yang murni ini hanya akan tamat apabila kita menutup mata dan kembali menghadap Allah Azza Wa Jalla. Insya Allah!

Kepada Sdra Khairul Amin, semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan didalam menerima tanggungjawab yang semakin bertambah demi meneruskan kesinambungan kepimpinan PPU Bhgn. Maran. Barangkali apa yang terjadi, mungkin merupakan ujian dan dugaan pula buat Sdra, dengan melihat senario politik tempatan & tanahair ketika ini. Subhanallah!

Kepada diri saya sendiri dan kepada rakan-rakan seperjuangan, semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan didalam perjuangan yang sememangnya bukan mudah untuk dilaksanakan. Semoga kita sentiasa bersatu padu dan berkerjasama didalam perjuangan mulia ini. Insya Allah!

Pelbagai pendapat dan persepsi timbul ekoran dari isu, tindakan dan keputusan yang telah dibuat, ada yang positif, ada negatif ditambah pula dengan cakap-cakap nakal mahupun cakap-cakap yang kasar, namun suka untuk saya mengakhiri tulisan ini dengan sepotong terjemahan ayat Al Quran sebagai peringatan dan renungan buat diri sendiri dan saudara-saudara sekalian.

Allah SWT berfirman: 'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' [Surah Al-Baqarah ayat 216]

Wallahua’lam...

2 ulasan:

  1. Simpati memang simpati..tapi ini dunia politik..kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai..jadikan pengajaran..satu kebaikan bila hukuman begini diberi dan diterima, ialah mengukur kesetiaan kita kepada parti..positifkah kita? bermoralkah kita? Orang menilai kita melalui moral,kekuatan dan perjuangan..bukan berapa tinggi pangkat kita dalam parti..Barangkali ini dinamakan mat salleh..'What goes around comes around..'Fikir mengapa ini terjadi,apa yang kita telah lakukan..mungkin kita ade menyakiti hati orang,janji yang tidak tertunai,lupa pada orang yang menaikkan kita..siapa tau? Empunya diri tau dan semestinya, Allah Ta'Ala lebih mengetahui..
    Walau siapa pun memimpin, walau apa pun terjadi..UMNO dan bangsaku tetap di hati..Hidup Melayu!Hidup UMNO! Allahu'Akbar!

    BalasPadam
  2. Terima kasih dan bersetuju dengan Laungan Bangsa! Apa yang berlaku pastinya ada hikmah dari Allah SWT namun sebagai hamba-Nya yang lemah, sudah pastilah kita tidak dapat mengetahui sepenuhnya! Apa yang penting kita harus merenung & memuhasabah diri kita, sentiasa positif dan teguh dalam perjuangan ini.Wallahua'lam

    BalasPadam