Rabu, Februari 18, 2009

Assalamua'laikum....

Syukur kehadrat Allah SWT, Pemilik Sekalian Alam, selawat dan salam keatas Junjungan Besar Rasulullah S.A.W serta ahli keluarganya.
Bismillahirrahmanirrahiim, julung kali nya saya dapat juga memulakan wacana blog saya sendiri yang mana sebelum ini saya hanyalah pemerhati semata-mata kepada blog-blog sahabat saya selain blog-blog yang sedia ada (tanpa sebarang komen). Namun kini saya terpanggil untuk turut serta memberi pandangan dan pendapat didalam ‘medium’ teknologi maklumat sebegini kerana memikirkan 'kebaikan dan kelebihannya', malahan sangat teruja untuk bersama-sama dengan sahabat-sahabat (Pemuda Maran) yang telah awal keluar dengan blog masing-masing (tahniah kerana memulakan..!) disamping blog-blog lain yang sememangnya telah terlalu banyak.

Pada mulanya saya tidak mengendahkan ‘gelombang blog’ yang mula menarik 'Pemuda Maran' untuk membina blog masing-masing kerana saya bimbang saya tidak mampu memanfaatkan kebaikan dan memenuhi pengisian tujuan 'berblog’. Pada pandangan saya ‘apa guna kita ada senjata jika kita tidak tahu menggunakannya’. Kata Guru saya, apabila musuh ada didepan mata, jika kita ‘tidak kenal senjata’, kita akan terlupa, walau pun parang terselit dipinggang sendiri, kayu ditanah juga yang kita dicari sebagai pedinding diri. Namun saya mengakui ‘jika kita tak dapat buat semua benda, jangan pula kita tinggalkan kesemuanya’, buatlah yang mana termampu, biarpun sedikit tetapi bermakna dan memberi manfaat (moga saya diberi kekuatan melaksana kerana kata-kata itu). Semangat saya juga bertambah apabila adanya sahabat-sahabat menggalakkan agar mengunakan ‘medium’ sebegini sebagai wadah menyampaikan maklumat yang tepat, cepat dan efektif.

Memetik kata-kata Tun Dr Mahathir , IT ini diibaratkan pisau yang boleh memotong buah untuk dimakan (kebaikan), tetapi ianya juga mampu melukakan jika kita tersalah menggunakannya (keburukan). Semuanya terpulang pada kita bagaimana kita mengayakannya, jika baik, baiklah hasilnya dan begitulah sebaliknya. Semoga ruang ini dapat digunakkan sebaiknya oleh saya dalam menghadapi cabaran dan dugaan didalam penghidupan (didunia & diakhirat).

Harapan saya juga agar ruang ini, dapat membina dan mematangkan diri saya dengan adanya komen-komen dan pandangan dari sesiapa jua yang membaca dan mengikuti blog saya ini (jika ada). Kata pepatah pemimpin yang bijaksana “Bersamalah dengan ku jika aku menyeru kearah kebaikan dan luruskan ku jika aku kearah kejahatan walupun terpaksa diluruskan dengan mata pedang! Dan Rasulullah SAW pernah bersabda “Berkatalah benar sekalipun pahit”. Moga Allah Azza Wa Jalla memberi keampunan kepada kita semua kerana dosa dan kejahilan kita dimasa lalu, ketika ini dan dimasa akan datang, kerana sesungguhnya manusia ini sangat lemah, jahil dan selalu lupa. -Yang baik itu pastinya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah kelemahan dari diri ini. Wallahua’lam.

3 ulasan:

  1. salam...
    tahniah saudara kerana berjaya mencipta blog sendiri...di post yang akan datang dapat lah kiranya saudara menerangkan maksud "ABUWAR" tu...

    BalasPadam
  2. Tahniah...teruskan untuk Agama , bangsa dan negara...Hidup Pemuda

    BalasPadam
  3. ABU WAR itu sebenarnya adalah panggilan ringkas oleh adik saya dan sepupu-sepupu saya (nama manja dalam keluarga). Asalnya Abang War tetapi disebabkan hendak memudahkan sebutan atau lidah nak 'deghas' (cepat)..maka jadilah abuwar!

    Namun 'Abu' jika dirujuk bahasa Arab adalah bemaksud 'Bapa'. Dan 'War' dirujuk bahasa Inggeris ialah 'Perang'. Kenapa Arab & Inggeris? Bahasa utama dunia @ kebetulan!

    Maka jadilah 'Bapa Perang'...tak tahulah sedang mana 'perang'nya. Terpulanglah bagaimana ianya membawa erti atau hendak di'interpret'kan.

    Namun tidak dapat dinafikan bahawa sebagai keturunan orang Melayu, Pahang... berperang dan berjuang itu adalah kegemaran datuk, nenek dan moyang kami dahulu..(bagaimana anak cucunya sekarang?)

    Namun peribadinya, saya (kerana didikan) mengambil kata nasihat guru saya 'kita jangan sesekali menjual, tetapi jika musuh 'terlalu' menjual...maka belilah kesemuanya! Wallahua'lam.

    BalasPadam